iklan
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
-----
Photobucket

Saturday, May 16, 2009

Keputusan Minggu Pertama


Hanya dua juri sahaja dari jumlah juri yg sepatutnya dpt memberikan markah pada minggu ini, iaitu Damya Hanna & Tempe. Mari kita lihat komen para juri pada peserta.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


JURI : DAMYA HANNA


1. Fizz
Kekemasan - 7
Tugasan - 33
JUMLAH : 40

Komen : Bahasa yg mudah dan santai, isi yang relevan sehingga menarik minat untuk terus dibaca. Susunan layout kemas, background color sesuai dengan penggunaan font. Overall, bagus.


2. Cikmistry
Kekemasan - 6
Tugasan – 29
JUMLAH : 35

Komen: Penggunaan bahasa yg difahami, ada isi yang menarik untuk terus dibaca. Susunan layout kemas cuma background yg di'transparent'kan dengan tulisan di paparan belakang, sedikit menganggu pemandangan. Overall, ok.


3. Norzzy
Kekemasan - 7
Tugasan – 25
JUMLAH : 32

Komen: Pengenalan berkenaan tajuk entry bagus dan menarik untuk dibaca. Susunan layout kemas dan teratur. Warna font bersesuaian dengan background tapi pada saya entry blog ini agak ringkas dan seolah-olah mahu cepat untuk dihabiskan. Selamat berjaya untuk tugasan yg akan datang.

4. Data
Kekemasan - 6
Tugasan – 28
JUMLAH : 34

Komen: Keseluruhan entry, penuh dengan maklumat disamping penggunaan bahasa yg santai dan menarik perhatian. Cuma, kesimpulan yg disampaikan terlalu ringkas dan flow penceritaan berjalan terlalu cepat. Macam ada sst yg kurang. Kekemasan pula, entry terlalu ke bawah. Jadi, ruang di tepi widget2 tu terasa kosong. Teruskan berusaha...


5. Chiyoko_caca
Kekemasan - 8.5
Tugasan – 35
JUMLAH : 43.5

Komen: Susunan layout kemas, warna menarik, sesuai dan sedap mata memandang. Bagus! Dari segi tugasan, penyampaian bahasa anda mudah difahami, santai dan flow cerita menarik untuk dibaca di samping contoh gambar yg menggambarkan isi tugasan. Overall, saya suka entry anda!


6. Sephia_nameera
Kekemasan - 6
Tugasan – 29
JUMLAH : 35

Komen: Pengenalan bagus. Cuma, part penerangan isi yg terlalu ringkas dan kesimpulan yang tidak berkaitan dengan tajuk entry. Kekemasan pula, width blog agak besar sehingga sy terpaksa tolak cursor ke kanan untuk melihat ruang di sebelah tepi. Kiranya ia satu kekurangan pada pemilik monitor yg bersaiz kecil. Background gelap mmg sesuai dengan warna font yg terang tp sebab entry tu lebih ke sebelah kiri di mana denim memaparkan shading, ia agak menganggu pemandangan.


7. Kiara
Kekemasan - 7
Tugasan – 28
JUMLAH : 35

Komen: Blog cantik dan kemas cuma bahagian tepi tu terlalu ke bawah sehingga menyebabkan penggunaan ruang blog terasa kosong. Dari segi tugasan, penyampaian isi cerita bagus dan mudah difahami cuma simple sangat. Tahu2 aje dah abis. Kesimpulan pula tiada menyebabkan entry seolah-olah tergantung.


8. Neo_matrixzz
Kekemasan - 6
Tugasan – 30
JUMLAH : 36

Komen: Blog agak sarat dengan grafik yg bergerak2, width pula agak besar bg pemilik monitor 17inci mcm sy. Kurang kemas dr segi penyusunan widget. Tugasan pula, penyampaian isi okay cuma penerangan agak meleret dan penulis sepatutnya boleh kemaskan gaya bahasa secara santai dan menarik minat pembaca. Apa-apapun, boleh terus perbaiki.


9. Norli
Kekemasan - 6
Tugasan – 28
JUMLAH : 34

Komen: Blog kemas dan cantik. Penggunaan warna dan font yg sesuai dan tersusun. Menyentuh tentang tugasan, permulaan dan pertengahan dah okey cuma tiba-tiba penerangan berkenaan blog yg tidak disukai, kurang menyerlah. Secara keseluruhan, saya masih tertarik untuk terus membaca kerana gaya bahasa penulis yang sopan santun. Teruskan berusaha.


10. Danish Andzar
Kekemasan - 6
Tugasan – 31
JUMLAH : 37

Komen: Blog kurang ceria. Mungkin kelemahan dari segi warna background dan susunan entry yg kurang kemas. Width sidebar sebelah kanan tu, terlalu ke tepi (tak sure ia berlaku pd monitor saya saja atau semua). Pd sy, isi dan penyampaian cerita yg disampaikan agak menarik walaupun peserta termuda. Jadi sy tak rasa ia satu kelemahan kerana boleh diperbaiki lagi. Cuma, ending tu kalau touch up sikit, mesti lagi puas hati. Nice try!


11. Lemonadoi
Kekemasan - 7.5
Tugasan – 35
JUMLAH : 42.5

Komen: Background menarik, penggunaan warna sangat comel, susun atur layout berkesan dan kemas. Penyampaian tugasan, simple tapi kreatif dan penuh isi disamping penerangan yg memberi kefahaman. Tahniah.


12. Izzti
Kekemasan - 6.5
Tugasan – 24
JUMLAH : 30.5

Komen: Susun atur blog kurang kemas dan kelemahan dr segi pemilihan paten background. Penerangan isi kurang menyerlah dan agak meleret kepada sesuatu yg kurang berkait walaupun gaya bahasa santai. Boleh cuba lagi untuk perbaiki kelemahan.


13. Justapiq
Kekemasan - 7
Tugasan – 30
JUMLAH : 37

Komen: Susunan blog kemas walaupun simple. Penggunaan warna okey cuma, size entry kalau dikecilkan sedikit, blog takkan nampak terlalu sarat dan dekat dengan sidebar. Dari segi tugasan, gaya bahasa dah menarik cuma penerangan kurang berjaya dan meleret untuk setiap isi dan contoh yg disampaikan.


14. Ibnunurdin
Kekemasan - 5
Tugasan – 20
JUMLAH : 25

Komen: Tiada kata-kata aluan, entry yang terlalu ringkas dan penerangan terhadap tugasan yang kurang berjaya walaupun isinya ada. Dari sudut kekemasan, saya mendapati blog ini menggunakan warna yg kurang ceria dan tidak begitu menarik perhatian. But anyway, keep it up in your next entry. Good luck!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


JURI : TEMPE

Overall, everyone did a good job, only some need to improve. Komen saya adalah base on pandangan seorang pembaca dan pemberi soalan dan saya tekankan pada soalan, jadi anda perlu peka pada soalan. Saya cuma akan komen apa yg perlu anda improve utk go on with this competition. Harap tiada yg ambil hati dgn komen saya.

There is some blog that best view with IE and the others is best view with Mozilla, so owner of this blog may put some note about that in their blog. Good blog template is the one can be view with both IE and Mozilla. Mungkin pemilik blog2 ini boleh melakukan sesuatu dgn melebarkan lagi ruangan outer-wrapper pd bahagian HTML blog anda.

Saya tidak perlukan karangan sepanjang 360 patah perkataan, cukup sekadar ada intro, isi yg mantap dan pengakhiran yg baik.

One more thing.. bahasa anda, jgn terlalu gunakan bahasa slanga, bila bercakap it is a different thing, tp bila kita menulis ianya adalah satu perkara yg berbeza.. bahasa juga satu tarikan untuk orang terus membaca blog kita.


1. Fizz
Kekemasan - 9
Tugasan – 32
JUMLAH : 41

Komen :
- panjangnya karangan, next time cuba ringkaskan sedikit
- everything else is good


2. Cikmistry
Kekemasan - 8
Tugasan – 30
JUMLAH : 38

Komen:
- corak background agak menganggu pembacaan, mungkin boleh gunakan background yg kosong di tengah, atau besarkan sedikit font, atau warnakan bahagian entry posting instead of transparent.
- blog best view by IE, sekiranya pengguna Mozzilla view blog anda, everything dekat sidebar akan lari ke bawah.. tp tak tahu le kalau computer murah saya je yg jadi camtu.. kekeke


3. Norzzy
Kekemasan - 9
Tugasan – 29
JUMLAH : 38

Komen:
- be more creative in your next assignment


4. Data
Kekemasan - 8
Tugasan – 29
JUMLAH : 37

Komen:
- blog best view with Mozilla, kalau view by IE, entry anda akan jatuh terlalu ke bawah
- sila lebih peka pada soalan, antara JENIS & CIRI2 ada beza.


5. Chiyoko_caca
Kekemasan - 9
Tugasan – 35
JUMLAH : 44

Komen:
- I like your entry.. good job
- tajuk tidak mengikut format


6. Sephia_nameera
Kekemasan - 8
Tugasan – 29
JUMLAH : 37

Komen:
- intro lebih pjg dr isi (main point), focus more on main point


7. Kiara
Kekemasan - 8
Tugasan – 26
JUMLAH : 34

Komen:
- cuba guna font dgn kaler yg lebih ceria… sbb background agak suram
- penerangan pada bahagian isi terlalu ringkas, more focus on main point sbb tiada penekanan pada ciri2 yg disukai / tak disukai.
- next time cuba gunakan music player yg boleh stop dia punya music.


8. Neo_matrixzz
Kekemasan - 9
Tugasan – 26
JUMLAH : 35

Komen :
- terdapat beza antara CIRI2 dan JENIS.
- lepas ni jalan2 pergi tgk blogger yg dpt markah tinggi, mcm mana diorang menjawab soalan
- be more creative please


9. Norli
Kekemasan - 9
Tugasan – 25
JUMLAH : 34

Komen:
- terlalu ringkas


10. Danish Andzar
Kekemasan - 8
Tugasan – 29
JUMLAH : 37

Komen:
- peserta termuda?? TAHNIAH.. anda dah buat rekod.. dan bukan sahaja termuda utk musim ini, tp utk keseluruhan 3 musim.
- sila ceriakan blog anda, tambah hiasan ke, warna warnikan sikit ke
- permulaan yg bagus bg seseorang yg berumur 14 tahun utk compete dgn kakak2 dan abang2 di sini


11. Lemonadoi
Kekemasan - 9
Tugasan – 35
JUMLAH : 44

Komen:
- the most creative among all contestant, tp saya tak galakkan penggunaan scrapblog selalu, sbb on certain internet connection line yg slow, seksa nak tunggu scrapblog tu download, paham2 ajelah, penunggu ESSO bukan boleh lepak lama2 kat ESSO
- straight to the point, good job


12. Izzti
Kekemasan - 9
Tugasan – 24
JUMLAH : 33

Komen:
- tajuk tidak mengikut format tugasan
- terlalu ringkas, kurang penekanan pada main point



13. Justapiq
Kekemasan - 8
Tugasan – 25
JUMLAH : 33

Komen:
- blog kelihatan agak padat, mungkin sbb ruangan entry terlalu hamper dgn sidebar dan border outer-wrapper
- cuba bahagikan one point by one paragraph, kalau tak jadi mcm ciri yg awak sendiri tak suka >> ** Benda yg sepatutnya dihighlightkan pun x tahu **


14. Ibnunurdin
Kekemasan - 9
Tugasan – 27
JUMLAH : 36

Komen:
- too simple but good point


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KEPUTUSAN KESELURUHAN [POLL + MARKAH JURI]


1. Lemonadenoi : 41
2. Chiyoko_caca : 39.9
3. Fizz : 38.9
4. Danish Andzar : 31.7
5. Sephia_nameera : 31.6
6. Cikmistry : 31.5
7. Neo_matrixzz : 31.5
8. Data : 30.3
9. Kiara : 29.9
10. Justapiq : 29.6
11. Norzzy : 29.4
12. Norli : 28.8
13. Izzti : 27
14. Ibnunurdin : 26


** markah penuh ialah 50.


Oleh itu, 2 peserta yang tersingkir pada minggu ini ialah, Izzti & Ibnunurdin.

Terima kasih kerana menyertai JLBM 2009, penyertaan anda amat kami hargai. Semoga blog anda terus memeriahkan dunia blogging.

Friday, February 13, 2009

Tugasan Pertama

Photobucket

Memandangkan ini minggu pertama, peserta baru nak warmup, aku kuarkan soalan yang agak santai juga untuk peserta.


TUGASAN PERTAMA
"BLOG yang saya suka & BLOG yang saya tidak suka"

Masuk blog sana, masuk blog sini, jengah sana, jengah sini, ada blog yg buat kita terpikat, tak kurang juga ada yg buat kita meluat. Macam mana ciri2 blog yg buat kita suka pada sesuatu blog?? Kalau tak suka kenapa pula?? Sila nyatakan, ulaskan dan kupaskan dgn lebih lanjut ciri2 blog yg anda suka dan tidak suka. Bg blog yg anda suka boleh diberi beberapa link as contoh, tp awas.. untuk blog yg anda tidak suka, sekiranya anda letakkan link sbg contoh, risiko tanggung sendiri.. kena saman kang tak tahu..


Format Tajuk Tugasan
JLBM 2009 #1 : Tajuk Anda

Sila letakkan tajuk entry anda berdasarkan format di atas. Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.


Tarikh Tutup Serahan Tugasan
Sila serahkan tugasan anda pada atau sebelum, AHAD, 15 FEB 2009, JAM 12 tengahari. Mana2 tugasan yang lewat akan di tolak markah sebanyak 10markah. Bagi tugasan yg lewat dr 15 Feb 2009 tidak akan diterima dan peserta akan disingkirkan.


FORMAT PEMARKAHAN

Format pemarkahan adalah seperti berikut :

80 % JURI KHAS
20 % undian awam


Tugasan anda akan dinilai seperti berikut oleh JURI KHAS :

KEKEMASAN BLOG : 10 markah
Susun atur blog, layout blog menyumbang kepada kekemasan blog.

PENYAMPAIAN TUGASAN : 40 markah
Tugasan hendaklah kreatif, mampu menarik minat pembaca, teratur dlm penyampaian dan memenuhi kehendak tugasan.

:okay:

Thursday, February 12, 2009

Bermulanya Debaran JLBM 2009

Alhamdulillah, dgn izin dan limpah kurnia Allah, pertandingan yang aku usahakan sejak tahun 2007 ini telah pun memasuki musim ke-3. Pada hari ini Jomlayan Blogger Mania 2009 (JLBM 2009) telah pun memulakan pelayaran pertamanya. Semoga pelayaran ini terus tenang sehingga bahtera selamat melabuhkan layarnya di perhentian.

Pada hari ini soalan untuk tugasan pertama telah pun selamat dikeluarkan. Sambutan dari para peserta juga agak memberangsangkan berbanding dengan tahun2 lepas. Seramai 15 orang peserta yang akan bertanding pada tahun ini. Sehinggakan sudah tutup pendaftaran pun masih ada yang bertanya untuk mendaftar. Namun, aku hanya mampu buka pendaftaran sehingga ke hari soalan pertama dikeluarkan. Pada yg tidak dpt menyertainya tahun ini, insyallah, tahun depan aku mulakan musim ke-4.




Dan pada tahun ini juga semacam suatu kegembiraan bagi aku apabila berjaya menjemput bukan calang2 orang untuk menjadi juri bagi pertandingan kali ini. Seorang blogger terkenal dan dua penulis novel, namun masih ada rasa terkilan bila Blekpepel tidak dapat menyertai barisan juri kali ni. Harap2 pada minggu terakhir BP boleh sertai barisan juri untuk menambahkan lagi rencah permainan.



Ikutilah, perjalanan selanjutnya pertandingan ini di sini, atau secara live di Jomlayan.com