iklan
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
-----
Photobucket

Thursday, February 12, 2009

Bermulanya Debaran JLBM 2009

Alhamdulillah, dgn izin dan limpah kurnia Allah, pertandingan yang aku usahakan sejak tahun 2007 ini telah pun memasuki musim ke-3. Pada hari ini Jomlayan Blogger Mania 2009 (JLBM 2009) telah pun memulakan pelayaran pertamanya. Semoga pelayaran ini terus tenang sehingga bahtera selamat melabuhkan layarnya di perhentian.

Pada hari ini soalan untuk tugasan pertama telah pun selamat dikeluarkan. Sambutan dari para peserta juga agak memberangsangkan berbanding dengan tahun2 lepas. Seramai 15 orang peserta yang akan bertanding pada tahun ini. Sehinggakan sudah tutup pendaftaran pun masih ada yang bertanya untuk mendaftar. Namun, aku hanya mampu buka pendaftaran sehingga ke hari soalan pertama dikeluarkan. Pada yg tidak dpt menyertainya tahun ini, insyallah, tahun depan aku mulakan musim ke-4.




Dan pada tahun ini juga semacam suatu kegembiraan bagi aku apabila berjaya menjemput bukan calang2 orang untuk menjadi juri bagi pertandingan kali ini. Seorang blogger terkenal dan dua penulis novel, namun masih ada rasa terkilan bila Blekpepel tidak dapat menyertai barisan juri kali ni. Harap2 pada minggu terakhir BP boleh sertai barisan juri untuk menambahkan lagi rencah permainan.



Ikutilah, perjalanan selanjutnya pertandingan ini di sini, atau secara live di Jomlayan.com

No comments:

Post a Comment