iklan
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
-----
Photobucket

Friday, February 13, 2009

Tugasan Pertama

Photobucket

Memandangkan ini minggu pertama, peserta baru nak warmup, aku kuarkan soalan yang agak santai juga untuk peserta.


TUGASAN PERTAMA
"BLOG yang saya suka & BLOG yang saya tidak suka"

Masuk blog sana, masuk blog sini, jengah sana, jengah sini, ada blog yg buat kita terpikat, tak kurang juga ada yg buat kita meluat. Macam mana ciri2 blog yg buat kita suka pada sesuatu blog?? Kalau tak suka kenapa pula?? Sila nyatakan, ulaskan dan kupaskan dgn lebih lanjut ciri2 blog yg anda suka dan tidak suka. Bg blog yg anda suka boleh diberi beberapa link as contoh, tp awas.. untuk blog yg anda tidak suka, sekiranya anda letakkan link sbg contoh, risiko tanggung sendiri.. kena saman kang tak tahu..


Format Tajuk Tugasan
JLBM 2009 #1 : Tajuk Anda

Sila letakkan tajuk entry anda berdasarkan format di atas. Ini adalah utk memudahkan para juri (khas & awam) mengenali tugasan anda. Tajuk adalah terpulang kepada anda asalkan tidak lari dr soalan tugasan.


Tarikh Tutup Serahan Tugasan
Sila serahkan tugasan anda pada atau sebelum, AHAD, 15 FEB 2009, JAM 12 tengahari. Mana2 tugasan yang lewat akan di tolak markah sebanyak 10markah. Bagi tugasan yg lewat dr 15 Feb 2009 tidak akan diterima dan peserta akan disingkirkan.


FORMAT PEMARKAHAN

Format pemarkahan adalah seperti berikut :

80 % JURI KHAS
20 % undian awam


Tugasan anda akan dinilai seperti berikut oleh JURI KHAS :

KEKEMASAN BLOG : 10 markah
Susun atur blog, layout blog menyumbang kepada kekemasan blog.

PENYAMPAIAN TUGASAN : 40 markah
Tugasan hendaklah kreatif, mampu menarik minat pembaca, teratur dlm penyampaian dan memenuhi kehendak tugasan.

:okay:

Thursday, February 12, 2009

Bermulanya Debaran JLBM 2009

Alhamdulillah, dgn izin dan limpah kurnia Allah, pertandingan yang aku usahakan sejak tahun 2007 ini telah pun memasuki musim ke-3. Pada hari ini Jomlayan Blogger Mania 2009 (JLBM 2009) telah pun memulakan pelayaran pertamanya. Semoga pelayaran ini terus tenang sehingga bahtera selamat melabuhkan layarnya di perhentian.

Pada hari ini soalan untuk tugasan pertama telah pun selamat dikeluarkan. Sambutan dari para peserta juga agak memberangsangkan berbanding dengan tahun2 lepas. Seramai 15 orang peserta yang akan bertanding pada tahun ini. Sehinggakan sudah tutup pendaftaran pun masih ada yang bertanya untuk mendaftar. Namun, aku hanya mampu buka pendaftaran sehingga ke hari soalan pertama dikeluarkan. Pada yg tidak dpt menyertainya tahun ini, insyallah, tahun depan aku mulakan musim ke-4.




Dan pada tahun ini juga semacam suatu kegembiraan bagi aku apabila berjaya menjemput bukan calang2 orang untuk menjadi juri bagi pertandingan kali ini. Seorang blogger terkenal dan dua penulis novel, namun masih ada rasa terkilan bila Blekpepel tidak dapat menyertai barisan juri kali ni. Harap2 pada minggu terakhir BP boleh sertai barisan juri untuk menambahkan lagi rencah permainan.



Ikutilah, perjalanan selanjutnya pertandingan ini di sini, atau secara live di Jomlayan.com